PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A)

Januari 25, 2010 at 8:38 am 1 komentar


ISLAM DAN SAINS

PERINGKAT-PERINGKAT
KEJADIAN MANUSIA (A)

Allah s.w.t. mengutuskan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul untuk seluruh alam. Allah s.w.t berfirman
di dalam al-Quran (Surah Al-Anbiyaa’, 21: ayat 107) yang
bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Justeru, Nabi Muhammad s.a.w
diutuskan bukan hanya kepada orang-orang Arab badwi di zamannya, tetapi juga
untuk para saintis hari ini yang sedang mengkaji di dalam makmal masing-masing.
Baginda s.a.w. ialah rasul untuk semua manusia dari zamannya hingga hari kiamat.
Sebelum itu, seorang rasul hanya diutuskan khas untuk kaumnya sahaja sebagaimana
yang dinyatakan Allah s.w.t. (Al-Quran, Surah Ar-Rad, 13: Ayat 7)
bermaksud:

“  Dan berkatalah otang-orang kafir:
“Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?”
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran
(kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada
Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar”.

Dakwah Nabi Muhammad s.a.w. adalah
untuk semua manusia. Oleh itu Allah s.w.t. telah membekalkan tanda-tanda dan
bukti-bukti yang berupaya mengesahkan kebenaran baginda s.a.w.. Bukti-bukti
baginda s.a.w. tidak sama dengan bukti-bukti nabi-nabi yang lalu yang hanya
dapat dilihat oleh umat semasa itu sahaja dan mungkin oleh umat betul-betul
selepas itu.  Kemudian Allah s.w.t.
akan menghantar seorang rasul yang lain berbekalkan mukjizat-mukjizat baru untuk
menjernihkan dan menghidupkan semula keimanan manusia. Oleh kerana Nabi Muhammad
s.a.w. diutuskan untuk seluruh manusia hingga hari kiamat, Allah s.w.t.
memberikanya mukjizat yang boleh disaksikan buat selama-lamanya sebagai
tanda-tanda yang dapat mengesahkan kebenaran risalah baginda
s.a.w..

Jika kita meminta seorang Yahudi
atau Kristian menunjukkan mukjizat Nabi Musa a.w. atau Nabi Isa a.s.. mereka
akan memberitahu kita tidak mungkin dapat ditunjukkan semula mukjizat-mukjizat
nabi-nabi itu. Contohnya tongkat Nabi Musa a.s. tidak mungkin dapat diadakan
semula. Begitu juga keupayaan Nabi Isa a.s. menyuruh orang mati bangkit semula.
Itu juga tidak mungkin dapat ditunjukkan sekali lagi. Bagi kita hari ini,
mukijizat-mukjizat itu tinggal di dalam lipatan sejarah. Sebaliknya jika seorang
Islam ditanya tentang mukjizat terhebat Nabi Muhammad s.a.w., dia boleh ,
menunjukkan al-Quran. Ini ialah kerana al-Quran merupakan mukjizat yang berada
dalam tangan kita. Ianya satu buku yang boleh dikaji oleh sesiapa sahaja yang
sudi membukanya.

Allah s.w.t berfirman (Surah
Al-An’aam, 6: Ayat 19) bermaksud:

“Bertanyalah (wahai Muhammad):
“Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah:
“Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Quran ini,
supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang
telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui
bahawa ada beberapa tuhan yang lain selain Allah?” Katakanlah lagi: “Hanyasanya
Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah terlepas diri
dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah ‘Azza wa jalla)”.

Ciri kemukjizatan Al-Quran  ada di dalam ilmu yang dibawanya. Allah
s.w.t. berfirman:

“(Orang-orang kafir itu tidak
mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi
Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya
kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi
saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).”
(Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166).

Berhubung dengan itu, para ahli
sains dan para pakar ilmu- professor dari banyak universiti-universiti- telah
berkesempatan mengkaji ilmu-ilmu yang dibentangkan Al-Quran itu. Dewasa ini,
para ahli sains telah cemerlang dalam kajian mengenai angkasaraya, walaupun
Al-Quran telah pun membincangkan persoalan angkasaraya dan manusia sejak dahulu
lagi. Jadi, apakah hasilnya?

Kami perkenalkan Profesor Emeritus
Keith Moore, salah seorang saintis terkenal di bidang kajian tubuh manusia
(‘anatomy’) dan kajian embrio (‘embryology’). Kami meminta Profesor Moore
membentangkan analisa saintifiknya mengenai beberapa ayat-ayat Al-Quran dan
Hadis-hadis terutama yang berkaitan dengan bidang kepakaran
beliau.

Profesor Moore ialah penulis buku
bertajuk “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Sentiasa Berkembang”).
Beliau ialah seorang Profesor Emeritus di bidang kajian tubuh manusia dan
biologi sel (‘Anatomy and Cell Biology’) di Univeristy of Toronto, Kanada.
Disitu, dia juga pernah berkhidmat sebagai
Dekan Madya di Jabatan Sains Asas, Fakulti Perubatan dan pernah menjadi
Pengerusi di Jabatan Kajian Tubuh-manusia untuk 8 tahun. Selain itu, beliau juga
pernah berkhidmat di University of Winnipeg, Kanada selama 11 tahun. Beliau
pernah mengetuai banyak persatuan-persatuan pakar-pakar kajian tubuh-manusia
antarabangsa, terpilih untuk menganggotai Persatuan Perubatan Diraja Kanada,
Akademi Antarabangsa Cytology, Persekutuan Pakar Tubuh-manusia Amerika, dan
Persekutuan Pakar Tubuh-manusia Amerika Utara dan Selatan. Pada tahun 1984,
Profesor Moore telah menerima pingat paling dihormati di bidang kajian
tubuh-manusia di Kanada, iaitu pingat ‘J.C.B Grant Award’ daripada Persatuan
Pakar Tubuh-manusia Kanada.

Beliau telah menulis banyak
buku-buku berkenaan kajian tubuh-manusia klinikal dan kajian embrio. Lapan
daripadanya diguna-pakai di sekolah-sekolah perubatan dan telah diterjemahkan
kepada enam bahasa.

Apabila diminta memberikan analisa
mengenai ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, Profesor Moore merasa takjub. Beliau
tidak mengerti bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. yang hidup 14 abad yang lalu,
berupaya menerangkan mengenai embrio dan perkembangannya dengan terperinci dan
tepat sekali tentang fakta-fakta yang diketahui ahli-ahli sains hanya sejak 30
tahun yang lalu.  Perasaan takjubnya
bertukar kepada hormat kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis itu. Beliau
memperkenalkan pula perkara itu kepada para ahli ilmu dan ahli sains lain.
Malahan beliau telah memberikan satu ceramah khusus mengenai keserasian di
antara kajian embrio moden dan Al-Quran dan Hadis dimana beliau
berkata:

Saya merasa amat sukacita kerana
diberi peluang membantu menerangkan ayat-ayat Al-Quran berkenaan
pembentukan  manusia. Bagi saya
ianya suatu yang amat nyata bahwa ayat-ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad
(sallallahu’alaihiwassalam-pent) oleh Allah, atau Tuhan, kerana kebanyakan dari
fakta-fakta ini tidak ditemui melainkan selepas beberapa kurun selepas itu
(selepas riwayat hidup Rasulullah s.a.w.-pen). Ini membuktikan kepada saya
bahawa Muhammad ialah seorang Rasul Allah.

Tengoklah apa pakar kajian embrio
terkenal itu telah katakan selepas mengkaji ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan
bidang kepakarannya, dan tengoklah kesimpulan beliau bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
ialah seorang Rasul utusan Allah s.w.t..

Allah berfirman (Surah Al-Mu’minun,
23: Ayat 12-14) bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami
menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan
“pati” itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh; Kemudian Kami
ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta”.

Perkataan Arab ‘alaqah’ mempunyai
tiga makna. Yang pertama ialah ‘lintah’. Yang kedua ialah ‘sesuatu yang
tergantung’. Yang ketiga ialah ‘seketul darah beku’.

Bila membandingkan di antara lintah
(air-tawar) dengan embrio ketika peringkat ‘alagah’, Professor Moore mendapati
satu persamaan yang tepat diantara kedua-duanya. Beliau membuat kesimpulan
bahawa embrio di peringkat ‘alaqah’ berbentuk sama dengan bentuk lintah.
Profesor Moore meletakkan gambar embrio berdekatan dengan gambar lintah (Lihat
gambarajah 3.1). Beliau membentangkan gambar-gambar ini kepada ahli-ahli sains
apabila  di dalam
pertemuan-pertemuan.

Gambarajah 3.1

Makna kedua perkataan ‘alaqah’ ialah
‘sesuatu yang tergantung’, dan inilah yang boleh kita saksikan- iaitu embrio
memang tergantung di rahim ibunya (‘uterus or womb’) ketika peringkat ‘alaqah’.
Makna ketiga perkataan ‘alaqah’ ialah ‘seketul daging yang beku’. Profesor Moore
menerangkan ketika peringkat ‘alaqah’, embrio melalui beberapa kejadian.
Contohnya pembentukan darah di dalam satu tempat tertutup (‘closd vessel’)
sehinggalah pusingan metabolik telah sempurna melalui ‘placenta’. Ketika
peringkat ‘alaqah’, darah terpencil di dalam satu tempat yang tertutup. Justeru,
embrio berbentuk seperti seketul darah beku disamping seperti lintah. Kedua-dua
bentuk itu dinyatakan oleh satu perkataan Al-Quran berbunyi
‘alaqah’.

Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w.
berupaya mengetahui kesemua itu? Profesor Moore juga mengkaji embrio ketika
peringkat ‘mudghah’ (sesuatu yang dimamah). Beliau megambil secebis ‘clay’ dan
memamahnya. Kemudian beliau membandingkannya dengan gambar embrio ketika
peringkat ‘mudghah’. Profesor Keith Moore berkesimpulan bahawa embrio di
peringkat ‘mudghah’ berbentuk seperti sesuatu yang dimamah. Beberapa penerbitan
Kanada telah menyiarkan kenyataan Profesor Moore. Selain itu, beliau juga
mempersembahkan tiga program televisyen dimana beliau membicarakan keserasian di
antara sains moden dan ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan 1400 tahun
dahulu.

Kemudiannya beliau ditanya satu
soalan: “Adakah ini bermakna anda percaya Al-Quran ialah wahyu
Allah?”.

Beliau menjawab: “Tidak sukar untuk
saya mempercayainya”.

Beliau juga ditanya: “Bagaimana anda
boleh mempercayai kerasulan Muhammad sedangkan pada masa yang sama anda
mepercayai Isa?”.

Beliau menjawab: “Saya yakin mereka
berdua datang dari sumber yang sama”.

Justeru ahli sains moden seluruh
dunia hari ini boleh mengetahui bahwa Al-Quran ialah wahyu Allah s.w.t. Itulah
yang Allah s.w.t. firmankan di dalam Al-Quran (Surah 4:166)
bermaksud;

“ . . . Allah sentiasa menjadi
saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah
menurunkannya dengan ilmuNya . . . .” (Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166). *
Terjemahan penuh- sila lihat di atas.

Oleh itu, tidak sukar untuk
ahli-ahli sains moden menerima hakikat bahwa Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang
rasul Allah s.a.w.

Bersambung to PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)

Entry filed under: ad-dien. Tags: .

ISLAM DAN SAINS PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)

1 Komentar Add your own

  • 1. ISLAM DAN SAINS « Mencari Hikmah Meniti Teknologi  |  Januari 6, 2011 pukul 2:25 pm

    […] PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A) LikeBe the first to like this […]

    Balas

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

  • 33,851 hits

Klik tertinggi

  • Tak ada

%d blogger menyukai ini: