PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)

Januari 25, 2010 at 9:33 am 1 komentar


PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA
(B)

Buku “The Developing Human” (Makna:
“Manusia Yang Berkembang”-pent.) ditulis oleh Profesor Keith Moore telah
diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai satu rujukan saintifik
dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai buku terbaik
yang ditulis seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan membentangkan
kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang
kepakaraannya dalam kajian embrio.

Profesor Moore yakin dengan
bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami tanyakannya soalan berikut: “Tuan
menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’)
tiada perkembangan di dalam pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu
tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah
s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci
mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan
seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak
berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?

Beliau menjawab: Anda ada buktinya
dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak mebentangkan bukti-bukti itu kepada
kami?

Kami bentangkan kepadanya
fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan Profesor Moore terbukti sebagai
seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi ketiga bukunya, beliau membuat
beberapa perubahan. Buku ini telah diterjemahkan ke lapan bahasa, termasuklah
Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman, Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku ini
telah diedarkan keseluruh dunia dan dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains
terkemuka dunia.

Profesor Moore menulis di dalam
bukunya mengenai Zaman Pertengahan: Perkembangan sains amat perlahan ketika
Zaman Pertengahan, dan ada beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di
zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang
Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki
dan wanita. Beberapa ayat
memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada
juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu
akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian.
(‘Blastocyst’ manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki
dan telur wanita. Rujuk Gambarajah 4.1)

Gambarajah 4.1

 

Al-Quran juga menyebut bahawa air
mani bertukar menjadi seketul darah beku. (‘Blastocyst’ yang hidup atau yang
keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain dari itu, menurut Al-Quran
embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk
seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang
dimamah- seperti ‘gum’ atau kayu. (‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu
yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah
4.2).

 

Gambarajah 4.2

 

Embrio yang sedang membesar
disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga 42 hari. Ketika itu embrio
manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk Gambarajah 4.3)
(Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini).
Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau
dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding
‘uterine’, dan (3) ‘amniochorionic membrane’ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan
yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat
Al-Quran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam
kandungan.

 

Gambarajah 4.3

 

Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam
bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh dunia, segala puji-pujian hanya untuk
Allah s.w.t.. Penemuan sains telah menyebabkan Profesor Moore merasa
bertanggungjawab untuk menulis perkara-perkara tersebut di dalam bukunya. Beliau
kemudiannya berkesimpulan bahawa pengkelasan moden mengenai peringkat-peringkat
perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia, susah untuk digunakan dan
tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha memahami peringkat-peringkat
perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan berdasarkan nombor, iaitu peringkat
1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang Al-Quran nyatakan pula tidak
bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya berdasarkan kepada keadaan
embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika itu.

 

Al-Quran mengenalpasti
peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti berikut: Nutfah yang bermakna
“satu titisan” atau “sedikit jumlah air”; ‘alaqah yang bermaksud “satu makhluk
yang berbentuk seperti lintah”; mudghah yang bermakna “sesuatu yang kelihatan
seperti dimamah”; ‘idhaam yang bermakna “tulang” atau “skeleton”; kisaa ul idham
bil-laham yang bermakna pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan
al-nash’a yang bermakna “pembentukan janin yang boleh dicamkan”. Profesor Mooree
menyedari bahawa pengkelasan oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kandungan bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara
pengkelasan ini memberikan satu pengenalan saintifk yang canggih dan ianya
lengkap dan senang digunakan.

Di dalam satu persidangan yang
dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:

 

Embrio berkembang di dalam rahim ibu
atau ‘uterus’ dengan dilindungi oleh tiga lapisan pelindung seperti yang
ditunjukkan di dalam ‘slide’ yang berikutnya [‘Slide’ tidak ditunjukkan-pent]
(A) ialah dinding perut ‘anterior (B) dinding ‘uterine’ dan (C) ‘amniochorionic
membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan menyebabkan
pemeringkatan embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan satu sistem
pengkelasan yang baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini amat mudah,
menyeluruh, dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.

 

Gambarajah 4.4

 

Kajian mendalam mengenai Al-Quran
dan Hadis sejak empat tahun yang lalu telah memberitahu kita tentang satu sistem
untuk mengkelaskan embrio manusia yang amat menakjubkan disebabkan ianya
di’catat’kan pada abad ke-7 Masehi. Walaupun Aristotle, pengasas kajian sains
embrio, menyedari tentang embrio ayam yang berkembang berperingkat-peringkat
melalui kajiannya terhadap telur ayam pada abad ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak
mencatatkan dengan terperinci mengenai peringkat-peringkat perkembangan itu.
Justeru, tidak munasabah untuk dikatakan huraian Al-Quran mengenai embrio
manusia berdasarkan kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang munasabah
hanyalah hakikat bahawa penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh Allah
s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai
fakta-fakta itu kerana baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah
mengikuti sebarang kursus berkaitan sains.

 

Kami memberitahu Dr. Moore, ‘Apa
yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih pincang berbanding banyak lagi
ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran dan Hadis yang telah kami
bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan bentangkan
keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang kepakaran
tuan itu?”.

 

Profesor Moore menegaskan beliau
telah pun memasukkan rujukan yang sesuai di dalam buku saintifik yang khusus.
Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami menambah di dalam bukunya mana-mana ayat
Al-Quran dan Hadis yang berkenaan, dan menerangkan tentang aspek keajaiban
ayat-ayat itu. Kami lakukan yang demikian dan kemudiannya Profesor Moore menulis
mukadimah kepada tambahan bercorak Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda
saksikan sekarang. Di setiap mukasurat yang mengandungi fakta mengenai kajian
sains embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan.
Apa yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang mara ke dunia baru di dalam
satu kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.

 

Gambarajah 4.5

 


Entry filed under: ad-dien. Tags: .

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A) PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA

1 Komentar Add your own

  • […] DAN SAINS PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B) LikeBe the first to like this […]

    Balas

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

  • 33,851 hits

Klik tertinggi

  • Tak ada

%d blogger menyukai ini: