PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT

Januari 25, 2010 at 1:11 pm Tinggalkan komentar


 

 


PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT 

  

 

Profesor T.V.N. Persaud: Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu. 

 

Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian ‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu.  Profesor Keith Moore  yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’ daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang beliau telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:  

 

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat  akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar). 

 

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin di hari ke-42 (Rujuk gambarajah 7.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (rujuk gambarajah 7.2). Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam berbunyi (maksud): 

 

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang . . .” 

 

  

Gambarajah 7.1: Janin Umur 1 minggu           

 

  

Gambarajah 7.2: Perkembangan muka manusia (hari). 

 

Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Quran dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya: 

 

Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” (Ibn. Maajah, Al-Hakim) 

 

Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini: 

 

“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini  mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan IADS ialah  contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya. 

 

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seklah penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud  merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Rujuk gambarajah 7.3) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak ujud sebelum sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya. 

 

  

Gambarajah  7.3: Virus HIV  

 

Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata: 

 

Bagi saya, Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) ialah seorang manusia biasa. Baginda tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu  yang amat bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda sallallahu’alaihiwasallam berkata (sabda-pent) sedemikian.. 

 

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Allah subhanahuwata’ala berfirman bermaksud (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166): 

 

“. . . tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, . . . .” (Makna penuh: Sila lihat di bawah) 

 

Kitab ini, Al-Quran, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat. 

 

Makna Ayat Sepenuhnya…. 

(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)” (Maksud Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166). 

  

SIRI KETUJUH 

  

 

Entry filed under: ad-dien, Info, Kesehatan. Tags: .

KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI RUPA BENTUK JANIN KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

Arsip

Tulisan Teratas

Klik tertinggi

Meta

Komentar

Merry di Microsoft Internet Explorer pl…
gavienharrys di Rahasia Al-Qur’an (5)
Sex Crime Lawyer Tam… di McAfee SNS Notice: Network Sec…
Carroll di EMC/Legato Networker VCB Inter…
Patrice di EMC/Legato Networker VCB Inter…

%d blogger menyukai ini: