KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA

Januari 25, 2010 at 1:18 pm Tinggalkan komentar



ISLAM DAN SAINS

 

KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA 

 

.

Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha
Illallah Muhammad Rasool Allah!

 

Orang ini sedang melafazkan 
kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang Muslim.
Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di
Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan
Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum
ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang
sama.

 

Kami bentangkan kepada Profesor
Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta
kajian tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga
ada penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan
kepadanya minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali  kitab berkenaan. Setahun kemudian,
Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan
sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun
yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan
tesebut tanpa satu kepastian. Setelah 
memeriksa kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang
keterangan mengenai perkembangan embrio itu. 

 

Kemudian kami berikan kepadanya
artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di
antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan
Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab
sudah tentu beliau mengenalinya 
oleh kerana Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains
terkemuka di bidang itu.

 

Selepas mengkaji artikel itu,
Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa
soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah
mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria
mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.

 

Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran
kulit terlalu parah.

 

Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan
tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran,
terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman
keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu
mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah
subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka
boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di
dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):

 

“ Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam
api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka
kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4:
Ayat 56)

 

Kami bertanya: Adakah tuan setuju
bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf
di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.

 

Pengethuan mengenai ciri
deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat
itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar
kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru
untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu
sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit,
justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.

 

Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah
pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus
terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana
itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari
Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit
sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa
bermaksud:

 

“ Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam
api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka
kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4:
Ayat 56)

 

Kami menyoal Profesor Tejasen:
“Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen
bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan  manusia. Jadi beliau bertanya sumber
ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam
menerimanya? Kami menjawab, “Daripada Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”
Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa Allah itu”

 

Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta
kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana
ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan
mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang
memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu
membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui,  dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini
membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu,
jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan
bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang
Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.

 

 

Gambarajah 8.1

 

Profesor Tejasen bersetuju dengan
penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah
tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima
daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah
beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor
Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di
dalam Al-Quran dan hadis.

 

Profesor Tejasen menghabiskan empat
hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang
mengenai fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir
perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan
berkata:

 

Sejak tiga tahun lalu saya telah
mulai berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed
Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore
yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa
Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah
menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video
yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang
saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang
dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang
boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana  Muhammad
(sallallahu’alaihiwasallam-pent) tidak boleh membaca mahupun menulis, maka
Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) 
mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan
kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan.
Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan  ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada
tuhan yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah
seorang Rasul 
Allah

 

Daripada persidangan ini, saya bukan
hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu
ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang
paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah  ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool
Allah’ dan kesempatan menjadi seorang Muslim.

 

Kebenaran sememangnya dating
daripada Allah subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya
bermaksud:

 

“Dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah
yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji”
(Surah Saba’, 34: Ayat 6)

 

Entry filed under: ad-dien, Info, Kesehatan. Tags: .

PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT QLogic SANSurfer

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

  • 33,851 hits

Klik tertinggi

  • Tak ada

%d blogger menyukai ini: