PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA

Januari 25, 2010 at 12:46 pm Tinggalkan komentar



ISLAM DAN SAINS

 


PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN
MANUSIA

 

 

Kami perkenalkan kepada anda Dr.
G.C. Georinger, Pengarah Kursus dan Profesor
Madya dalam Kajian Embrio Perubatan
di Jabatan Sains-hayat Sel, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington, D.C.. Kami bertemu dengannya dan
bertanya jika dalam sejarah kajian embrio ada disebut mengenai
peringkat-peringkat perkembangan embrio dan jika ada apa-apa buku mengenai
kajian embrio pada zaman Nabi Muhammad (sallahu ‘alaihi wa sallam); atau jika
ada dibincangkan tentang perkara itu di kurun selepas baginda; atau jika
pengkelasan peringkat-peringkat yang berbeza itu hanya diketahui pada
pertengahan kurun ke-9.

 

Beliau berkata orang-orang Greek
purba memang memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka
yang telah cuba menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia
berkembang dan membesar. Kami bersetuju dengannya bahawa Aristotle, salah satu
daripada yang lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio,
tetapi adakah disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio
itu?

 

Kami memang tahu bahawa pengetahuan
mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio ini hanya diketahui pada
pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti kesahihannha hinggalah pada
permulaan kurun ke-20. Selepas perbincangan yang panjang, Profesor Georinger
bersetuju bahawa tidak tercatat dimana-mana pun mengenai peringkat-peringkat
berkenaan. Justeru, kami bertanya beliau jika ada panggilan khusus kepada
peringkat-peringkat itu sebagaimana yang boleh ditemui di dalam Al-Quran. Beliau
menjawab tiada. Kami bertanya lagi: “Apa pendapat tuan mengenai nama-nama yang
Al-Quran gunakan untuk menerangkan tentang peringkat-peringkat perkembangan yang
dilalui janin? Selepas perbincangan yang agak panjang, beliau bentangkan tentang
satu kaji-selidik di Persidangan Perubatan Saudi ke-8. Dari kaji-selidik itu,
beliau memberitahu tentang kejahilan manusia tentang peringkat-peringkat yang
disebut Al-Quran itu. Beliau juga 
membincangkan betapa lengkap dan tepatnya nama-nama yag digunakan
Al-Quran untuk menerangkan tentang perkembangan janin sekailigus memberikan
gambaran yang lebih jelas. Mari kita dengar bagaimana pendapat Profesor
Georinger:

 

Dalam hanya beberapa Aayah
(ayat-ayat Al-Quran) terdapat satu keterangan yang amat lengkap terntang
perkembangan manusia (janin) mulai dari ketika percantuman ‘gametes’ hinggalah
peringkat ‘organonenesis’. Tidak pernah ditemui satu rekod selengkap itu
mengenai perkembangan manusia (janin), seperti pengkelasan, penamaan, dan
penerangan mengenainya. Jika tidak kesemuanya pun, kebanyakan daripada
penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) 
rekod-rekod saintifik mengenai perkembangan embrio manusia dan janin yang
boleh ditemui dalam kajian sains biasa.

 

Perbincangan dengan Profesor
Georinger mendorong kami untuk berbual mengenai satu fakta yang baharu sahaja
ditemui dan boleh menamatkan apa-apa kontroversi. Walaupun kelahiran-tanpa-bapa
Nabi Isa ‘alaihissalam ialah satu kepercayaan Kristian, ramai dari orang-orang
Kristian yang tidak bersetuju dan menegaskan bahawa Nabi Isa mesti berbapa
kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang tidak logic dari sudut sains. Mereka
berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak sedar  boleh berlaku penciptaan manusia tanpa
bapa. Allah subhanahu wata ‘ala berfirman bermaksud:

 

”Sesungguhnya perbandingan
(kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam.
Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!”
maka menjadilah ia.” (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).

 

Terdapat tiga jenis penciptaan
manusia (yang luarbiasa-pent):

 

1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa
ibu dan tanpa bapa

 

2.Hawa, yang diciptakan tanpa
ibu

 

3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa
bapa.

 

Justeru, Dia yang berkuasa mencipta
Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta
Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun dengan bukti sedemikian, orang-orang
Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah
menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan
kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang
yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat itu, sains
moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan
membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka. Contohnya,
lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan.
Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai
lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri
tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains
untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu
berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan. 

 

Mari kita baca kenyataan Profesor
Goeringer:

 

Dalam satu pendekatan yang lain,
telur yang tidak disenyawakan dalam beberapa species amfibia dan mamalia bawahan
boleh diperkembangkan dengan cara mekanik (seperti dengan menggunakan jarum),
cara fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia dengan menggunakan beberapa
bahan kimia, dan boleh berkembang kepada peringkat-peringkat perkembangannya.
Dalam beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan sebegini (‘parthenogenetic’)
merupakan satu perkara biasa.

 

Allah subhanahu wata ‘ala telah
memberikan jawapan yang pasti dan menggunakan Nabi Adam alaihissalam, nabi yang
juga diimani Kristian, sebagai satu contoh seorang manusia yang tiada bapa
mahupun ibu. Orang-orang Kristian menanggap satu perkara yang tidak lojik jika
manusia boleh dilahirkan tanpa bapa. Justeru, Allah subhanahu wata’ala telah
menunjukkan kepada mereka satu perbandingan dengan seorang manusia tanpa ibu dan
tanpa ibu, iaitu Nabi Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut (Surau A-Li-‘Imraan,
3: Ayat 59) yang bermaksud:

 

”Sesungguhnya perbandingan
(kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam.
Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!”
maka menjadilah ia.”

 

Allah subhanahu wata ‘ala telah
mentakdirkan akan berlakunya perkembangan dan penemuan-penemuan sains yang pesat
yang akan menunjukkan bukti demi bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah
caranya Al-Quran dipernyatakan kepada manusia sepanjang masa. Ayat-ayatnya
diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli sains terkemuka Islam kini dan akan
dating. Sains tidak akan dapat menandingi keluarbisaan Al-Quran.

 

“Dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah
yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji”
(Maksud al-Quran Surah Saba’, 34: Ayat 6)

 

Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha
Agung berfirman (Surah Saad, 38: Ayat 88) bermaksud:

 

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan
mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama
lagi”.

 

FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41:
ayat 53) bermaksud:

 

“Dan akan diperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang
terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

 

 

Gambarajah 5.1 Telur
(Ovum)

 

 

Gambarajah 5.2 Benih Lelaki (Air
Mani)


Gambarajah 5.3 Zaigot (Hasil percantuman 2 benih di
atas)

 


SIRI KELIMA

 

Entry filed under: ad-dien, Kesehatan. Tags: .

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B) KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI RUPA BENTUK JANIN

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

Arsip

Tulisan Teratas

Klik tertinggi

Meta

Komentar

Merry di Microsoft Internet Explorer pl…
gavienharrys di Rahasia Al-Qur’an (5)
Sex Crime Lawyer Tam… di McAfee SNS Notice: Network Sec…
Carroll di EMC/Legato Networker VCB Inter…
Patrice di EMC/Legato Networker VCB Inter…

%d blogger menyukai ini: