KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI RUPA BENTUK JANIN

Januari 25, 2010 at 1:01 pm Tinggalkan komentar


ISLAM DAN SAINS

 


KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI RUPABENTUK

JANIN

(LUARAN DAN DALAMAN) 

 

Kami perkenalkan kepada anda Dr.

Marshall Johnson, Profesor Emeritus di bahagian Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’)

dan Kajihayat Perkembangan Manusia di Thomas Jefferson University Philadelphia,

Pennsylvania, U.S.A.. Beliau bertugas di situ sejak 22 tahun yang lalu sebagai

Profesor bahagian  Kajian

Tubuh-manusia, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia, dan Pengarah Institut

Daniel Baugh.

Beliau juga ialah Presiden Persatuan

‘Teratology’. Beliau telah menulis 200 buah buku.

 

Kami bertemu dengan Profesor Johnson

buat pertama kali di Persidangan Perubatan Saudi ke-7 dimana satu jawatankuasa

khas telah dibentuk untuk mengkaji bukti-bukti saintifik yang terkandung di

dalam Al-Quran dan Hadis.

 

Ketika kami dan jawatankuasa

tersebut bertemu beliau, Profesor Johnson bertanya tentang peranan jawatankuasa

ini. Kami menjelaskan bahawa tujuan kajian kami ialah mencari hubungan di antara

fakta-fakta sains moden dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Beliau bertanya:

“Contohnya?” Kami memberitahu beliau: “Contohnya, sains moden telah memberitahu

kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat.

Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang

lalu.”

Profesor Johnson nampak pelik dengan

penerangan kami lalu berkata:

 

“Tak mungkin , tak mungkin, tak

mungkin! Apa yang anda cakapkan ni?”

 

Kami memahami reaksi beliau itu.

Kami tahu beliau merupakan seorang ahli sains terkemuka di Amerika Syarikat.

Beliau sememangnya tahu bahawa selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para

doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada air

mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki. Teori ini dipakai oleh ahli-ahli

sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18  untuk menegakkan kepercayaan mereka

bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi,

apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh

lebih besar daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam

pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun

ke-17.

 

Penemuan fakta bahawa perkembangan

embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun

ke-19. Oleh sebab itulah, apabila Profesor Johnson diberitahu bahawa fakta ini

telahpun ada di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu, beliau terus bangun dan

berteriak: “Tak mungkin, tak mungkin!”. Justeru kami hulurkannya senaskah

Al-Quran dan kami tunjjukan beliau ayat-ayat ini yang tekahpun diterjemahkan

dalam Bahasa Inggeris:

“Mengapa kamu berkeadaan tidak

menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah

menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran

Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)

 

Kemudian kami tunjukkan kepadanya

ayat ini (maksud):

 

“ . . . Ia menciptakan kamu dalam

kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian.

Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39:

Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)

 

Pada keseluruhannya kami bentangkan

kepadanya 25 ayat. Kemudian kami bertanya: “Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatrakan

secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat

itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu

yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti

dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan

daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?

 

Beliau menjawab dengan tegas:

“Tidak.”

 

Kemudiannya kami bertanya beliau:

‘Jadi, apa lagi kesimpulan lain?”.

 

Jawab beliau: Kemungkinan yang lain

ialah Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mempunyai sebuah mikroskop yang

berkuasa tinggi.

 

Kami berkata: “Tuan tahu bahawa

pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam Al-Quran ini

hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa

yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloji tinggi yang sepatutnya

terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya, kawalan dan

pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan tuan juga tahu

perkembangan teknoloji ialah satu proses yang bertalian dari satu generasi ke

generasi.

 

 

Profesor Johnson ketawa sambil

berkata: Sebetulnya saya pernah lihat mikroskop pertama yang dicipta. Ia hanya

dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga

tidak begitu jelas.”.

 

Nabi Muhammad

sallallahu’alaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun

mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda

sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwata’ala. Selepas

daripada perbincangan itu, Profesor Johnson menunjukkan minat untuk mempelajari

bukti-bukti sains di dalam Al-Quran dengan menumpukan kepada penyelidikan beliau

dalam peringkat-peringkat perkembangan embrio. Jika Dr. Moore dan

saintis-saintis lain membincangkan tentang bentuk luaran janin, Profesor Johnson

menumpukan syarahannya mengenai huraian terperinci Al-Quran perihal bentuk

luaran dan dalaman janin.

 

 

Profesor Johnson: Ringkasnya,

Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran janin, malahan juga

peringkat-peringkat perkembangan dalam janin, pembentukan dan perkembangannya,

menekankan peristiwa penting yang dibincangkan oleh sains

terkini.

 

 

 

Gambarajah 6.1

‘Mudghah’

 

Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ –

seperti sesuatu yang dimamah(Gambarajah 6.1), ialah satu daripada bukti yang

Profesor Johnson gunakan.

 

Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan

bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang

menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang

memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya

satu sentimeter panjang.

 

Jika kita membelah embrio itu dan

ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya  sudahpun terbentuk sebagaimana yang

dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian

daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum

lagi.

 

Jadi, bagaimana kita boleh terangkan

mengenai embrio? Apa yang patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai

makhluk yang sudah pun lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu

makhluk yang sudah siap dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang

belum lengkap, maknanya kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi

dibentuk, persoalannya: Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap?

Tiada huraian yang lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain

daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

 

“. . . . mudghah (sesuatu yang

seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan

. . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna

keseluruhan ayat ini.

 

Inilah kesimpulan Profesor Marshall

Johnson mengenai kajiannya:

 

Sebagai seorang ahi sains, saya

hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat

Al-Quran  yang diterjemahkan kepada

saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan

saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam-pent),

saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh

Al-Quran-pent). Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad

(sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu

sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa

Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan.

(Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran

kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh

sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat

wahyu-pent)

 

Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi.

Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah

ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah

subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad

sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah

subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia

akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu

ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.

 

Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha

teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:

 

“Dan demi sesungguhnya, kamu akan

mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.

 

Allah subhanahuwata’ala juga

berfirman bermaksud:

 

“Tiap-tiap khabar berita

mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya);

dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat

67).

 

FirmanNya

lagi:

 

“Dan akan diperlihatkan kepada

mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang

terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas

kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka

kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan

menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)

 

 

Gambarajah 6.2

 

 

 


SIRI KEENAM

 

About these ads

Entry filed under: ad-dien, Info. Tags: .

PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calender

Januari 2010
S S R K J S M
« Okt   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Rated

Blog Stats

Arsip

Tulisan Teratas

Klik tertinggi

Meta

Komentar

Carroll on EMC/Legato Networker VCB Inter…
Patrice on EMC/Legato Networker VCB Inter…
Kyle on EMC/Legato Networker VCB Inter…
Florene on EMC/Legato Networker VCB Inter…
Nancy on EMC/Legato Networker VCB Inter…

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: